Kepada ibubapa yang akan menimang cahaya mata yang sulung diucapkan
tahniah, manakala yang akan menyambut kelahiran seterusnya
Alhamdulillah.. rezeki pemberian Ilahih. Namum dalam persiapan
menyediahkan kelengkapan untuk menyambut cahaya mata saya percaya soal
mencari nama adalah antara bab yang paling sukar. manakan tidak, isteri
asal negeri Sabah suami pula dari Perlis, pertembungan dua negeri,
perbezaan budaya dan adat resam, satu utara dan selatan(tenggara).
disulitkan lagi faktor ingin mengambil hati kedua-dua belah pihak
mentua. Di sini ada beberapa petua yang ingin dikongsikan, antaranya:-
1. Mengandungi Doa
Sebaiknya biarlah nama anak itu mengandungi doa, maksud yang elok, nama
yang indah lagi puitis, biarlah yang singkat saja, kalau terlalu panjang
nanti jadi "tahlil" atau "wirid", silap-silap kalau dipanggil bukannya
nak menengok sebaliknya si anak akan jawab amiiiin. Tetapi bila dapat
nama yang baik lagi indah disebut jangan pula bila panggil si kecil
disingkatkan pula panggilan nama itu seperti Alauddin yang bermaksud
kemuliaan agama, bila nak disebut panggil Al sahaja, bukankah bunyinya
sudah menjadi old/owl yang membawa maksud tua/ burung hantu.
2. Jangan Terlalu Panjang (Menyukarkan proses isi borang)
Nama yang terlalu panjang akan menyulitkan pemilik nama itu sendiri di
samping susah nak mengingatinya. Nama yang panjang akan menyukarkan
sebarang urusan yang melibatkan penama mengisi borang, terutamanya
semasa urusan rasmi, satu Mykad penuh dengan nama tak "dan" nak
cetak alamat. Bukan itu saja, masa nak ambil peperiksaan tak cukup masa
nak hitamkan kertas jawaban "yang guna pensel 2B tuu" habis separuh
masa untuk hitamkan ruangan nama sahaja contohnya: Siti Zulaikha
Riwayati Nor Mulia Raudhah Raihanah Mekarmu Berseri Sepanjang
Hari.........
3. Kalau Boleh Elakan Guna Nama Barat Dan Nama Artis
Sebaiknya elakan daripada memberikan nama yang kebaratan, tak apa bila
orang kata kita ni orang timur, tak perlulah nama barat tu juga yang
diagung-agungkan. Berbanggahlah kita dengan nama timur dan maksud yang
yang terkandung pada nama yang telah diberikan oleh ibubapa. Kalau guna
nama Jenny sekali pun dan rambut telah dikuningkan kalau tersepak batu
tetap terkeluar ayat ADUUUUH....
Nama artis memang bagus, saya akui ada yang mengandungi maksud yang
baik. Ini cuma pandangan saya anda berhak untuk menentukan nama anak,
logiknya disini jika artis itu berkelauan baik Alhamdulillah, tapi kalau
yang penuh dengan gosip bukankah si manja yang menaggung beban diejek
di sekolah. Anak-anak tak tahu apa-apa, tiba disekolah sahaja terus kena
"bahan" kasihan anak itu. emosi anak juga kena jaga.
No comments:
Post a Comment
Kami tahu anda mahu komen :) Kongsikan ayat ini kepada kekasih anda!